Friday 9 March 2012

Masa itu emas



Apakah maksud Teknik Pengurusan Masa?

Teknik Pengurusan Masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa sahaja.
Secara ringkas, Teknik Pengurusan Masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan Teknik pengurusan masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.



Mengapa anda perlu pelajari Teknik Pengurusan Masa?

Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.
Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, anda akan habiskan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, anda tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.
Contohnya, jika anda belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi anda telah sia-siakan 1 jam 50 tadi. Inilah sebabnya mengapa anda rasa anda telah luangkan banyak masa belajar tetapi hasilnya tidak kelihatan.



Bagaimanakah program Teknik Pengurusan Masa ini boleh membantu?

Program Pengurusan Masa SmartStudy akan memberikan anda panduan dan teknik untuk menguruskan masa anda dengan berkesan. Setelah anda menghadiri program ini, anda akan: 
           >Faham mengapa selama ini anda 
        rasa seperti tidak cukup masa.
     >Sedar mengapa anda rasa sukar
       untuk mengikuti jadual waktu anda.
     >Sedar akan kesilapan pengurusan
        masa anda selama ini.
     >Kuasai teknik untuk mengawal 'mood'
        anda untuk belajar.
     >Mampu menyiapkan kerja anda dalam
       masa yang ditetapkan.
Program ini juga menerangkan teknik-teknik bagaimana pelajar boleh mengawal emosi dan perasaan mereka dalam melakukan kerja kerana salah satu masalah utama dalam pengurusan masa ialah pelajar ada masa, tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana minda mereka tidak bersedia atau berada di dalam 'mood' yang betul.






NURJUHAITIE BINTI SUDISMAN

No comments: