Tuesday 28 August 2012

Dan segalanya telah tertulis :')


Menangislahh selagi mampu, jeritlahh selagi mampu kerana itu mungkin dapat membuatkan perasaan marah pada seseorang itu luput ditelan arus. Mungkin aku salah seorang yang patut menangis dan menjerit tanpa menghiraukan manusia disekeliling. Mungkin ALLAH telah menentukan setiap peristiwa itu supaya aku manjadi lebih tabah dan kuat tanpa bergantung dengan mana2 manusia. Aku bukan lagi kanak2 yang tidak mampu membezakan makanan dan najis. Cukup 19 tahun ibu dan ayah aku bertungkus lumus membesarkan aku :') Dan pada mulanya aku tidak boleh menerima setiap kenyataan itu, seolah2 aku dapat merasakan yang aku sedang berada di alam fantasi. Di mana aku boleh pilih mana2 jalan tanpa halangan. Ouh jauhnya mimpi indah aku. 

Baru aku sedar dari buih2 angan itu apabila suara garau seorang polis menegur "adik ada masalah ke?" Manisnya senyuman yang dilemparkan tetapi pahit yang aku rasakan takmampu untuk membuatkan aku berhenti menangis. Aku seolah2 hilang akal, hilang kewarasan. Seperti manusia yang dicipta tanpa perasaan malu, dan apabila aku sedar, air hangat terus laju membasahi pipi. Dengan separuh sedar, aku tidak boleh menyalahkan sesiapa mahupun Sang Pencipta. Cuma satu yang terkeluar dari mulut "saya nak balik kuantan encik". Polis tu terkejut dengan esakan aku yang semakin kuat. Subhanallah, mana perginya secebis perasaan segan mahupun malu aku? Adakah aku yang tidak menghiraukan kepentingan perasaan tersebut atau aku sendiri yang tidak mahu ambil peduli? Kerdilnya aku saat itu. Aku keluar semula dengan perasaan bercampur baur dan air mata yang masih bersisa. Aku terus berjalan, tidak sampai 5 minit, semakin sarat esakan aku, sehinggalah di tengah-tengah kesesakan manusia, terselit seorang pramugari yang menegur ku. Aku tidak mampu berkata2, hanya tangisan yang menjawab persoalannya. 

Aku tidak pasti sama ada cerita yang sebenar ataupun skrip rekaan yang perlu aku reka secara spontan. Ya Allah, lemahnya aku saat itu, lemahnya seorang kakak yang mempunyai 2 orang adik. Di mana semua kekuatan yang telah aku tanam selama ini. Mudahnya rapuh. Rupanya2 kejujuran yang ditaburkan telah dibalas dengan RM50. Dan saat itu baru aku sedar bahawa ALLAH tidak menurunkan sesuatu tanpa sebab. ALLAH mahu menguji kekuatan aku. Semoga engkau memurahkan rezekinya Ya Allah :') 

Pepatah "sekali kita kehadapan, jangan sesekali berpatah balik". Yess, dan inilah hasil yang aku dapat. Hanya senyuman hambar yang dapat kulemparkan. Aku harap semua orang faham dengan situasi aku walaupun mereka tidak mengalaminya. Setiap peristiwa yang berlaku pada manusia akan berbeza2. Kehidupan memang pelbagai rencah dan rasa. Oleh itu, kita sebagai manusia biasa yang diciptakan sempurna akal fikiran, perlu mengisi diri dengan kekuatan dan ketabahan. Assalamualaikum :')




NURJUHAITIE BINTI SUDISMAN

No comments: