Saturday 31 December 2011

Selamat Tahun Baru



Assalamualaikum . Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru . Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi membaca entry saya . Setiap kali tahun baru pasti setiap kali itu azam baru akan muncul , betul tak ? Jangan bohong , saya pun macam tu . Saya berharap semua orang dapat mencapai azam tuhh . Usahalah kalau mahukan sesuatu , nak berubah takperlu tunggu esok atau lusa . Sepanjang saya hidup , banyak sangat benda yang saya belajar . Yeahh , saya dah besar sekarang , saya bukan budak sekolah yang cuma tahu have fun , gelak dengan kawan-kawan . Nope , saya tak boleh lagi macam tuhh . 

Actually saya rasa sedih sangat masa cuti mid sem , adalah perkara yang membuatkan saya sedih . Saya tak boleh mention , maaf ya sebab bukan semua benda kita bole hebahkan , ada certain thing kita perlu simpan dalam hati je , biar kita sahaja yang tahu . Baiklahh , saya tak sangka langsung , ada seorang lelaki menyedarkan saya tentang erti kehidupan . Dan saya sangat rasa terharu apabila lelaki itu memberitahu saya 'saya bukan sahaja sayang awak tapi saya sayang kehidupan awak , saya taknak kehidupan awak musnah hanya kerana seorang lelaki' . Ya Allah seiusly , saya sangat terharu masa tuhh dan air mata saya mengalir tanpa di pinta . Tak pernah ada mana-mana lelaki cakap macam tuhh kat saya . 

Mungkin dah tiba masanya saya perlu pikir apa yang terbaik untuk hidup saya , saya perlu pikir tentang diri saya , tentang masa depan saya . Saya rasa dia lebih mengenali diri saya berbanding diri saya sendiri , dia lebih menyayangi kehidupan saya berbanding saya . Malah , saya tak pernah fikir tentang kehidupan saya . Dah hanya saya sia-siakan sepanjang saya hidup , saya langsung tak sayang diri saya . Tapi now , dia dah sedarkan saya pentingnya sebuah kehidupan bukan seorang insan bernama lelaki . Lelaki yang hanya menjadi kekasih belum tentu mereka adalah jodoh kita . Saya tak boleh janji untuk redho tapi insyaallah dengan izin Allah saya boleh pasrah dengan apa yang terjadi kerana redho adalah ikhlas manakala pasrah itu menyerah . Saya tak janji saya boleh ikhlas kan hati saya tapi saya akan usaha .

Akhirnya saya boleh pasrah jika sesuatu yang buruk berlaku pada saya dan dia serta dugaan yang bakal saya terima suatu hari nanti kerana macam mana pun saya perlu hadapinya , senang mahupun susah . Hanya saya yang boleh tolong diri sendiri . Andai itu takdirnya , insyaallah sayang , saya akan pasrah . Kerana saya hanya mampu merancang , ada kuasa yang maha hebat di atas sana . Saya hanya manusia biasa , tiada siapa boleh melawan takdirNYA . Setiap yang berlaku pasti bersebab dan mungkin apa yang berlaku bakal menyedarkan diri saya . Kadang-kadang Allah kasi sesuatu tu sebab DIA nak kita sedar dan DIA ingin kita menghargai diri sendiri . 


Betul , lelaki bukanlah segalanya . Ya , kita memang saling memerlukan tapi bukan setiap masa kita kena pikir tentang dia kerana ada yang lebih penting di hadapan sana . Kadangkala kita bercinta bertahun bagai nak rak tapi akhirnya kita kahwin dengan orang lain . Kadangkala kita tak sangka , kawan kita sendiri adalah jodoh kita jadi kita harus menerima takdir yang bakal kita terima . Mungkin itulahh ketentuan ILLAHI . Andai dia adalah jodoh terbaik buatku , aku terima dirinya seadanya . Dan jika bukan , aku terima siapa pun jodoh ku . Hanya ini yang ingin saya ceretkan untuk entry kali ini . Insyaallah jika panjang umur , saya akan tulis lagi entry .




NURJUHAITIE BINTI SUDISMAN

No comments: